top of page
Bahan Mentah

Sumber bahan mentah berkualiti pilihan kami.

Ramly_Burger_Logo.png

Bagi mengekalkan rasa dan kesedapan hasil masakan kami, kami menggunakan produk bahan mentah keluaran Ramly Food Processing Sdn. Bhd. dimana produk ini telah dipercayai selama puluhan tahun dan kualiti rasa dan teksturnya yang tidak berubah menyebabkan produk ini diyakini serta mendapat permintaan ramai terutama sekali pelanggan yang inginkan kualiti masakan yang terbaik.

Manakala produk lain seperti Oblong pula menggunakan keluaran produk pengilang daripada Suraya Food Industries Sdn. Bhd. sebagai bahan mentah pilihan. Ini kerana rasa yang unik dan sedap bagi model rasa Burger Oblong itu lebih baik pada produk jenama ini. Produk ini juga merupakan pilihan kebanyakan peminat Oblong. Tambahan pula,  harga bahan mentahnya yang sedikit rendah berbanding jenama saingannya yang lain serta kualiti yang baik mendorong kepada pemilihan produk keluaran syarikat ini.

suraya oblong.png
halal-malaysia-logo-83E58494C7-seeklogo.

Bagi bahan mentah yang lain pula, setiap pembekal yang dipilih adalah yang terdiri daripada jenama-jenama yang dipercayai tahap kualiti, kebersihan dan status Halalnya. Keutamaan selalunya diberikan kepada produk yang mempunyai penawaran harga dan kualiti rasa yang baik. Bahan mentah yang dipilih tidak hanya berdasarkan reputasi dan branding syarikat itu sahaja, bahkan keenakan rasa dan kualitinya juga diambil kira seiring dengan penawaran yang diberikan. Pemilihan ini dilakukan untuk menyeimbangkan harga dan kos modal yang dikeluarkan disamping memastikan kualiti rasa yang akan dihasilkan tidak terjejas. 

 

​

bottom of page